Sunday 21 February 2016

Nak iklan sikit; Homestay Opah Taman SPPK Simpang Pulai.

Nak iklan sikit ni. Hahahaha.. Kalau ada siapa-siapa yang cari homestay area Simpang Pulai, or Taman SPPK Pasir Putih Ipoh atau lebih dekat lagi area Station 18, alaaa yang dekat area Jusco dan Tesco Station 18 tu.. boleh lah cuba menginap di Homestay Opah ni.

Sangat-sangat selesa, ada 3 bilik dan ada 4 penghawa dingin, dapur yang lengkap perkakasan asas untuk guna bila nak masak. Ada iron, kettle, tandas yang selesa. Oh ya, ada 3 tandas, so tak perlu nak rebut-rebut toilet k adik-adik.. hahaha..

Very reasonable price untuk tempat yang sangat strategik dan selesa, satu malam RM250.00 sahaja. Pakat call cepat-cepat untuk booked okay..

Homestay Opah Taman SPPK, Simpang Pulai

Tuesday 7 July 2015

Trend Usahawan makin meriah

Hari ni dalam berita TV1 pukul 1.00 tenghari tadi ada bincang mengenai usahawan. Tube 2.0. program ini yang dijalankan di bawah SME Corp adalah satu bentuk inisiatif kerajaan untuk menyokong dan membantu keusahawanan dalam kalangan belia. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus klik di link: http://tube2.smecorp.gov.my/


Gambar website Tube 2.0 rasmi.

Monday 23 March 2015

2.0 Portal Rasmi MARA

Mungkin ramai lagi yang masih samar-samar atau tidak tahu langsung bagaimana cara hendak memperoleh pembiayaan, bagaimana hendak menyewa premis, mengikuti kursus atau seminar keusahawanan. Jadi, untuk membantu anda, pergi ke laman web utama portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Segalanya di sini.. 

http://www.mara.gov.my/web/guest/home


Monday 2 March 2015

1.0 Pengenalan

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera. Untuk paparan yang pertama ini, ianya lebih tertumpu kepada penerangan blog ini ditubuhkan. 

Sudut Galeri Usahawan adalah satu sudut yang mana menjadi satu 'one stop site' dengan menyediakan pelbagai jenis maklumat dan informasi penting berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan. Biodata serta latar belakang mengenai tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia, artikel-artikel atau maklumat berkaitan usahawan adalah antara yang menarik yang akan disediakan di dalam blog ini. 

Selain itu juga, saya turut menjalankan perniagaan secara online dimana saya mengiklankan barangan jualan di satu link khas. Kesemua ini anda boleh lihat di kotak 'Bilik' dengan klik dimana-mana link yang anda suka. Mari penuhkan diri kita dengan semangat keusahawanan.