2.0 Artikel dan Maklumat Berkaitan Keusahawanan

Hari ini di dalam kuliah, saya didedahkan dengan ilmu keusahawanan. Kebanyakkan yang saya peroleh adalah sama seperti yang telah saya pelajari dari semester-semester lepas dan daripada STPM. Jadi di sini saya akan kongsikan bersama. 

BAB 1 KONSEP KEUSAHAWANAN

(ARTIKEL 1) Mazhab pemikiran keusahawanan


Apa yang anda faham daripada gambar rajah diatas?

Pandangan makro (Macro View) pada saya ialah sesuatu yang daripada persekitaran. Iaitu luar daripada organisasi. Juga sesuatu yang lebih kepada sesuatu yang skopnya lebih besar.

Pandangan mikro (Micro View) pula ialah daripada dalaman samada daripada dalaman individu atau usahawan itu sendiri ataupun daripada dalaman organisasi. 


(ARTIKEL 2) Kepentingan keusahawanan

Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang memberi impak besar kepada negara ataupun masyarakat. Usahawan-usahawan inilah antara yang menyumbang kepada ekonomi negara. 
Antara kepentingan keusahawanan ialah:

  • Mengubah kehidupan melalui ciptaan. Contohnya, elektrik, ICT dan pengangkutan.
    • dengan penciptaan yang dilakukan oleh mereka inilah kita sekarang memperolehi kesenangan dan keselesaan hidup. Kita boleh membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, mudah bergerak menggunakan kenderaan dan mudah berinteraksi menggunakan jaringan internet dan telekomunikasi menggunakan telefon.
  • Enjin pertumbuhan ekonomi
    • memasuki dan meluaskan pasaran sedia ada
    • Inovasi membawa kepada perubahan teknologi
    • Pertumbuhan produktiviti
  • Menggalakkan kreativiti
    • mewujudkan pasaran yang baru dengan menawarkan produk yang berinovasi
  • Menggalakkan pengagihan kekayaan
    • meningkatkan kepelbagaian dan memupuk penyertaan minoriti dalam ekonomi melalui kerjaya dan sediakan peluang-peluang pekerjaan.


(ARTIKEL 3) Pembangunan Keusahawanan di Malaysia
Di bawah ini merupakan evolusi perkembangan keusahawanan di Malaysia:
  1. Sistem perdagangan Barter   - pertukaran barangan
  2. Pelabuhan Melaka               - interaksi dengan audagar-saudagar asing yang datang berdagang
  3. Penjajahan                           - dasar 'pecah dan perintah'
    • Melayu: Pentadbiran dan Pertanian
    • Cina     : Perlombongan dan Perniagaan
    • India    : Estet dan Perladangan
  4.  Selepas Merdeka - kerajaan membangunkan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara DPN (1991-2000), Wawasan 2020 (1991-2020).

(ARTIKEL 4) Pocari Sweat





Pernahkah kita mendengar tentang minuman bertenaga Pocari Sweat? Pocari Sweat ini adalah produk kesihatan hasil daripada negara Jepun. Produk ini sangat popular di negara jiran, Indonesia. Namun, di Malaysia sudah mula dijual minuman kesihatan ini seperti di pasaraya besar Jusco AEON. 
Konsep yang dapat dilihat melalui Pocari Sweat ini ialah permasalahan yang wujud adalah daripada aspek nutrien atau cecair yang keluar daripada badan manusia akibat daripada aktiviti harian masyarakat lazimnya berjalan kaki di bawah cuaca panas, pergi ke sauna, melakukan aktiviti sukan dan banyak lagi. Kandungan gula pada minuman ini adalah di bawah paras 10% iaitu hanya mengandungi 6.2% kandungan gula. 

Sejarah awal proses penciptaan minuman Pocari Sweat:
Pada tahun 1973, pengasas Pocari Sweat, Akihiko Otsuka ingin menghasilkan minuman cairan infus yang diusulkan oleh Harima 3 tahun yang lalu. Akihiko mencipta minuman kesihatan yang boleh menggantikan cairan peluh yang sudah keluar dari tubuh selepas melakukan aktiviti harian agar tenaga badan dapat dipulihkan. 

Permulaannya, Harima menyerahkan tugasan ini sepenuhnya kepada Takaichi untuk menjalankan uji kaji dan mencipta produk minuman kesihatan ini yang diinginkan. Takaichi mula melakukan beberapa eksperimen . Takaichi menyedari bahawa peluh mempunyai kadar garam yang berlainan mengikut jenis aktiviti yang dilakukan. Kesimpulannya, minuman kadar garam yang dihasilkan perlulah bersamaan dengan kadar peluh yang hilang . Takaichi melaporkan kepada Harima. Harima merasai minuman tersebut dn mengatakan bahawa ianya pahit.

Takaichi cuba untuk mengurangkan rasa pahit itu dengan menambah raa manis tapi ia menjadi masalah kerana ia tidak sesuai sebagai minuman kesihatan dengan kadar gula perlulah dikurangkan di bawah kadar 10%. Lebih daripada 1000 kali eksperimen dilakukan oleh Takaichi.

Akhirnya setelah hampir 3 tahun melakukan eksperimen, Harima membawa ramuan tersebut kepada Akihiko. Namun, Akihiko menyatakan ia merasa pahit lalu beliau mencampurkan dengan air masam dan seterusnya rasa pahit itu hilang. Setelah itu, Takaichi melakukan beberapa eksperimen dengan menggunakan pelbagai jenis limau bagi dapat melahirkan rasa yang sesuai di dalam menghilangkan rasa pahit tersebut. 

April 1980, penjualan Pocari Sweat bermula. Pihak pemasaran yang dipimpin oleh Jiro Tanaka memulakan pengedaran minuman tersebut di kawasan tempatan dan kedai-kedai mejual minuman. Namun, minuman mereka ditolak kerana penjual tidak yakin bahawa produk ini dapat dijual atau tidak. Akihiko akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan strategi pemasaran yang drastik dengan memberikan minuman ini secara percuma kepada selama satu tahun. Mereka turut membuat sasaran pasaran iaitu memberi minuman ini di sekitar orang lalu lalang, di tempat sauna dan di kawasan beriadah seperti bersukan. Akhirnya, produk minuman Pocari Sweat ini berjaya mendapat pasaran dikalangan pembeli. 

***
Secara kesimpulan yang saya dapat rumuskan di sini ialah di dalam apa-apa perniagaan, atau apa-apa cabaran yang dihadapi, kita perlu teruskan usaha. Jangan cepat mengaku kalah, cuba selagi mampu dalam mencari jawapan kepada masalah yang timbul. Seperti Takaichi, beliau terus berusaha membuat 1000 eksperimen tanpa mudah mengaku kalah. Seterusnya, kita perlu mengambil risiko untuk mendapat pulangan yang baik. Namun begitu, risiko yang dihadapi mestilah risiko yang mampu ditanggung. Selain itu juga, kita perlu mencari dan menyusun strategi di dalam marketing dan tahu membuat segmen pasaran. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pemasaran produk. Tambahan lagi, kadangkala penyelesaian masalah akan timbul atau muncul tanpa perancangan iaitu secara tiba-tiba. Contohnya, Akihiko dengan tidak sengaja bercadang mahu mencampurkan campuran air masam bagi menghilangkan rasa pahit. Oleh itu, seorang usahawan yang berjaya tidak melalui perjalanan yang mudah untuk berjaya, namun perlu menghadapi pelbagai cabaran sebelum menempuh kejayaan. 

BAB 3: PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

(ARTIKEL 5) Menerapkan Budaya Usahawan dalam Masyarakat Islam
-Prof. Madya Dr Ab. Mumin Ab Ghani Suhaili Sarif (UM)

Keusahawanan adalah terbitan bagi perkataan usahawan. Istilah ini lahir daripada perkataan usaha yang bermaksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan dan lain-lain perkara untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Ahli ekonomi: Usahawan merupakan individu yang menyatukan faktor buruh, material dan faktor lain yang menjadikannya lebih bernilai dan individu yang membuat perubahan, pembaharuan serta inovasi. 

Ahli psikologi: Usahawan merupakan mereka yang didorong oleh kuasa tertentu seperti keperluan terhadap sesuatu, untuk mengkaji atau mengelak daripada dikongkong orang lain. 

Perspektif peniaga: Usahawan mungkin satu ancaman dan saingan tetapi dalam masa yang sama merupakan rakan  niaga, pembekal aau pelanggan kepada peniaga lain dan mungkin seorang yang mencari cara baru untuk meggunakan sumber dengan lebih baik serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Secara kesimpulannya, keusahawanan merupakan satu proses mencipta sesuatu yang baru dengan usaha dan masa serta melibatkan pelbagai risiko kewangan, fizikal dan sosial utuk mendapatkan ganjaran yang berbentuk kewangan, kepuasan hati dan kebebasan.

Di dalam menerapkan budaya usahawan, masyarakat memerlukan persekitaran ekonomi dan sosial yang kondusif iaitu dengan mempunyai kesedaran dan megamalkan budaya keusahawanan.  Antara inisiatif yang boleh diambil ialah:

a) Pengukuhan melalui Institusi Keluarga
Institusi keluarga adalah permulaan pembentukan individu dan masyarakat. Melalui peranan ibu bapa, anak akan dibentuk mengikut acuan yang mereka kehendaki. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai ibu bapa atau keluarga terdekat yang bekerja sendiri lebih cenderung kepada bidang keusahawanan berbanding mereka yang tidak mempunyai latar belakang tersebut. Oleh yang demikian, kesedaran usahawan ini perlu wujud di dalam diri ibu bapa terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, andai ibu bapa tersebut tidak berpengalaman di dalam bidang keusahawanan, mereka haruslah menggalakkan sebarang usaha anak-anak dalam mecuba aktif di dalam bidang niaga dan menyemai nilai-nilai keusahawanan seperti berani mengambil risiko, kreatif, sabar sejak kecil. Ini secara tidak langsung akan mengembangkan potensi diri anak-anak. 

b) Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Masalah tidak mempunyai cukup pengetahuan merupakan masalah yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat Muslim. Pengetahuan yang cetek dan pengetahuan mengurus perniagaan yang sedikit menyebabkan mereka ini tidak dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.  Oleh yang demikian, budaya menuntut ilmu ini perlulah dibuat oleh semua pihak, lebih-lebih lagi usahawan Muslim. Ini untuk memastikan usahawan Muslim tergolong didalam golongan yang disegani kerana ilmu pengetahuan yang luas disamping kemahiran teknikal yang tinggi. Kursus-kursus dan seminar secara formal atau tidak formal perlu diperbanyakkan bagi memastikan budaya ini dapat dikongsi oleh setiap lapsan masyarakat.

c) Contoh Yang Baik
Pembudayaan masyarakat perlulah ditunjangi oleh usahawan sendiri. Usahawan perlu tunjuk cotoh yang baik dan menjadi role model kepada masyarakat. Mereka juga perlu mencontohi para sahabat Rasul yang sentiasa menjadi penyokng kuat terhadap perkembangan Islam.

Usahawan Muslim perlu beriltizam untuk mengamalkan nilai-nilai murni keusahawanan dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Sifat-sifat sabar, ikhlas dan mesra harus ditonjolkan disamping menghasilkan produk-produk berkualiti. Usahawan juga perlu mendekatkan diri dengan masyarakat dan memberi bantuan material, menyumbang idea, tenaga di dalam meningkatkan taraf hidup dan sosial masyarakat. Dengan ini, masyarakat akan memandang bahawa usahawan merupakan golongan yang hebat dan berwibawa.

d) Sokongan Berterusan Daripada Kerajaan
Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan memperkenalkan bebrapa langkah untuk meningkatkan pegangan orang Melayu dalam ekonomi. Selepas itu, kerjaan mewujudkan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Penyertaan masyarakat Melayu dalam bidang ini diberi dorongan dan bimbingan yang padu daripada pelbagai sudut. Selain itu, kerajaan wujudkan beberapa agensi untuk membantu masyarakat antaranya: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MARA, MARDI, PERNAS, MIDA dan banyak lagi. Agensi-agensi ini membantu usahawan dari segi kewangan, pemasaran, kemahiran teknologi dan sebagainya.  

(ARTIKEL 6) Memantapkan Budaya Keusahawanan Dalam Kalangan Generasi Baru melalui Sistem Pendidikan Nasional dan Pendidikan Agama
-Dato' Haji Dusuki Ahmad (Pengerusi, Amanah Raya Berhad)

Rata-rata umat Islam mengalami kecelaruan pemikiran yang menyebabkan mereka tersalah erti tentang Islam. Umat Islam tidak sepenuhnya memahami keutamaan (fiqh awlawiyat) dalam mengatur kehidupan mereka. Mereka umumnya hanya memahami agama daripada aspek ibadah khususnya solat, puasa, haji dan sebagainya sedangkan aspek muamalah yang sama diasingkan. Akibat daripada inilah umat Islam dilihat lemah dalam pelbagai bidang kehidupan, utamanya dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran keduniaan, termasuklah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Secara dasarnya, kerajaan telah menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum. oleh itu, faktor asas yang perlu dititik beratkan di dalam menuntut perubahan sikap pelajar islam dalam memupuk pembudayaan keusahawanan adalah dengan menjadikan ilmu ekonomi (economics), pengurusan (management), perakaunan (accountancy) dan perniagaan (business) sebagai satu jihad. Cita-cita untuk bekerja makan gaji harus dikikis. Oleh itu, jihad ini perlu dipupuk dari gabungan:

1. Sekolah: timbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan melalui pembelajaran yang lebih kreatif dan iteraktif.
2. Ibu bapa: menggalakkan anak-anak menceburi dan merasai pengalaman berniaga seperti dorongan bagi menyertai aktiviti keusahawanan.
3. Perskitaran: mencontohi cara didikan dan pendedahan kaum Cina yang telah beri pendedahan realiti dunia perniagaan kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.
4. Korporat dan Masyarakat: memberi sokongan dan galakkan untuk menggerakkan aktiviti keusahawanan dan program-program motivasi seperti sekolah angkat, program keusahawanan dan bengkel serta ceramah kecemerllangan usahawan.

PERANAN AMANAHRAYA

  • Biasiswa AMANAHRAYA:
    • Meluluskan peruntukan kewangan lebih RM8 juta untuk membiayai pengajian 45 pelajar terbaik peringkat SPM dan STAM untuk mengikuti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dengan penekanan kepada bidang Pentadbiran Kewangan dan Perbankan Islam.
  • Pakatan Strategik Perniagaan/ ejen korporat
    • Mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan muda dengan menjadi ejen berdaftar Amanahraya untuk menawarkan perkhidmatan. Juga memberi peluang untuk menjadi ejen dalam industri Unit Amanah.
  • Sumbangan Amal
    • Sumbangan dalam bentuk penajaan wang tunai atau barangan untuk penganjuran konvensyen, forum dan aktiviti yang bertujuan mendedahkan generasi muda Islam dengan dunia keusahawanan dengan keutamaan dalam bidang yang berteraskan Islam.

(ARTIKEL 7) Perbezaan antara Usahawan Korporat dan Usahawan Dalaman

USAHAWAN KORPORAT

Maksud: Seorang individu yang mempunyai ciri-ciri usahawan serta mempunyai jawatan tinggi di dalam sesebuah organisasi.

Motif: Membantu sesebuah organisasi lain dalam satu tempoh masa yang dijanjikan dengan memberi idea-idea kreatif dan inovasi bagi membangunkan organisasi tersebut.

USAHAWAN DALAMAN (INTRAPRENEUR)

Maksud: Individu/ kumpulan pekerja yang bekerja di dalam organisasi itu sendiri dan cuba untuk mencipta inovasi baru untuk kepentingan organisasi.

Motif: Memastikan sumber-sumber dalaman organisasi digunakan dengan lebih cekap.

ULASAN: Berdasarkan huraian ringkas di atas, dapat dirumuskan bahawa usahawan korporat merupakan individu yang berjawatan tinggi di dalam organisasi sebagai contoh seorang CEO. Mereka ini mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan yang berguna. Usahawan korporat ini lazimnya akan membuat perjanjian dengan organisasi lain bagi memberi bantuan kepada organisasi tersebut untuk terus maju. Lazimnya, tempoh masa perjanjian adalah panjang, dari 3-15 tahun. Secara kesimpulan bagi usahawan korporat ialah mereka ialah individu dari organisasi lain yang bergerak ke organisasi lain bagi membantu di dalam urusan organisasi tersebut.

Manakala bagi usahawan dalaman atau intrapreneur pula, mereka adalah individu yang bekerja di dalam organisasi itu sendiri. Mereka menggunakan sumber-sumber yang ada di dalam organisasi dan membuat perubahan atau inovasi bagi mendatangkan keuntungan kepada organisasi. 

No comments: