Teori-Teori Motivasi Usahawan

Terdapat 10 teori motivasi yang akan dijelaskan.

1. Teori Keperluan Hierarki Maslow 

Rajah 1 Piramid Keperluan Maslow

  • Menurut Maslow (1954), keperluan manusia itu berperingkat. Keperluan yang rendah perlu dipenuhi. Terdapat 5 peringkat keperluan manusia. Susunan piramid mengikut paling bawah ialah keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan kesempurnaan kendiri.
    • Keperluan Fisiologi
      • keperluan paling asas manusia perlu ada. Contoh seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan.
    • Keperluan Keselamatan
      • keperluan untuk membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Contoh, keselamatan hidup, kewangan, persekitaran, kestabilan kerja dll. Lebih kepada sebuah perlindungan.
    • Keperluan Sosial
      • keperluan untuk berkasih sayang. iaitu keperluan untuk mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Contoh, Hubungan baik dengan rakan sekerja, hubungan yang baik dengan pengurus.
    • Keperluan Penghargaan Diri
      • keperluan untuk diri dihargai dan disanjung. Juga memerlukan kuasa dan status di dalam kehidupan utuk dihormati.
    • Keperluan Kesempurnaan Kendiri
      • keperluan ii tercapai apabila kesemua keperluan di atas diperolehi. Ianya merupakan satu dorongan bagi seseorang untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan kaya.
2. Teori Dua Faktor Herzberg


Rajah 2 Teori 2 faktor

  • Frederick Herzberg, pelopor atau tokoh bagi teori ini menyatakan ada 2 faktor yang mempengaruhi manusia iaitu faktor motivasi dan faktor hygiene. Faktor motivasi atau motivator dikatakan yang menyebabkan kepuasan kerja dalaman (intrinsik) manakala faktor hygiene pula yang menyebabkan kepuasan kerja luaran (ekstrinsik). Komponen yang dibawah faktor motivator ialah pencapaian(berjaya dalam melaksanakan tugas, pengiktirafan), sanjungan atau pujian yang diterima, peluang untuk meningkat pengetahuan atau kemahiran, tanggungjawab, kemajuan dalam kerjaya. Manakala bagi faktor hygiene pula, status, gaji, keadaan tempat kerja, jaminan kerja dan lain-lain. 
3. Teori X dan Y
  • Teori ini dibangunkan oleh Douglas McGregor. Teori ini kebanyakan diguna di dalam organisasi bahagian pengurusan sumber manusia. Ia menggambarkan 2 model pekerja yang berbeza sifat dan motivasi tentang kerja. Namun, teori ini lebih kepada pandangan daripada seorang pengurus ke atas pekerja di bawah seliannya.
    • Teori X
      • Pekerja di bawah teori X ialah pekerja yang lemah dalam motivasi kerja. Mereka tidak suka bekerja, mengelakkan diri daripada tanggungjawab, malas dan hanya bertindak apabila disuruh atau apabila menerima arahan. Pekerja ini perlu diawasi, dikawal dan diarah.
    • Teori Y
      • Pekerja teori Y pula memiliki sifat motivasi yang tinggi dalam bekerja. Mereka lebih berdedikasi dalam melakukan tugasan. Mereka melakukan kerja tanpa disuruh atau tanpa menunggu arahan daripada ketua mereka..
4. Teori ERG

Rajah 3 Ringkasan teori ERG

  • Teori ini dipelopori oleh Clayton Alderfe yang mengolah teori Maslow kepada 3 bahagian iaitu kewujudan (Existence), perkaitan (Relatedness) dan pertumbuhan (Growth). Pada tahap yang paling bawahiaitu kewujudan, ianya terdiri daripada penyediaan keperluan asas, seperti mana di dalam teori Maslow, (fisiologi dan keselamatan). Tahap kedua pula merangkumi keperluan untuk berkasih sayang, manakala tahap ketiga mengenai pencapaian kendiri dan kesempurnaan diri.
5. Teori Keperluan McClelland

Rajah 4 Teori McClelland

  • Teori ini dikemukakan oleh David McClelland dan mengklasifikasikan kepada 3 aspek utama; pencapaian (Needs for Achievement), kekuatan (Needs for Power) dan perhubungan (Needs for Affiliation).
    • Pencapaian:
      • Dorongan seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan. Berusaha keras untuk mencapai standard atau piawai yang ditetapkan.
    • Kekuatan/ kekuasaan:
      • Kebolehan untuk mempengaruhi seseorang atau orang lain untuk bertindak dibawah arahannya.
    • Perhubungan:
      • Hasrat untuk mempunyai hubungan dengan seseorang.
6. Teori Pengukuhan

Rajah 5 Ringkasan teori pengukuhan

  • Menurut teori pengukuhan, seseorang individu memerlukan ganjaran bagi setiap tindakan yang dilakukan. Andai tiada ganjaran, individu tersebut tidak akan terdorong untuk melakukan apa-apa tindakan atau kerja. Di dalam teori ini, setiap ganjaran yang diberi bertindak sebagai pengukuh kepada sesuatu tingkah laku. Ianya boleh bertindak sebagai pengukuh positif atau negatif.
7. Teori Penilaian Kognitif

Rajah 6 Faktor kognitif

  • Teori ini juga disebut sebagai pendekatan pemikiran. Pemikiran seseorang individu disebabkan oleh gangguan pemikiran yang negatif (mengecewakan, menyedihkan dan naik kemarahan). Gangguan ini wujud di dalam diri kerana pengaruh pemikiran yang negatif dan tidak rasional. Faktor pemikiran ini boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor persekitaran atau faktor kelakuan.
8. Teori Ekuiti

Rajah 7 Keseimbangan teori ekuiti

  • Teori ini memberi maksud bahawa seseorang individu membuat perbandingan di antara sumbangan dan ganjaran yang diterima. Sumbanga dan ganjaran itu mestilah seimbang. Pekerja akan bermotivasi apabila output yang diterima (gaji) bersamaan dengan input (usaha dan kerja keras). Ketidakseimbangan ini membawa kepada ketidakselesaan dan ketidakadilan kepada pekerja.
9. Teori Keadilan
  • Teori ini bersamaan dengan teori ekuiti. Cuma teori ini menuntut keadilan penerimaan ganjaran yang sama apabila dibandingkan dengan orang lain.

10. Teori Harapan
  • Kekuatan daripada sesuatu tindakan dalam cara tertentu bergantung kepada kekuatan yng mana dengan harapan bahawa tindakan tersebut diikuti dengan hasil yang ada.


No comments: